Malaysia Dateline

Kecoh lelaki baling telur ke arah Raja Charles dan Permaisuri

Seorang lelaki ditahan selepas bertindak membaling sebutir telur ke arah pemerintah United Kingdom, Raja Charles dan isterinya, Permaisuri Camilla, ketika melaksanakan tugas rasmi di utara England, semalam.

Lelaki berkenaan yang dilabel penunjuk perasaan telah ditahan serta merta yang ketika itu berada dalam kalangan orang ramai yang sedang berkumpul bagi menyambut pasangan diraja itu.

Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan telur yang dilempar jatuh di atas jalan raya semasa ketibaan Raja Charles III dan Permaisuri Camilla.

Baginda bagaimanapun tidak terkesan akibat serangan itu dan terus berjabat tangan dengan orang ramai.

Memetik Agensi, polis Yorkshire Utara memaklumkan bahawa lelaki berusia 23 tahun itu telah diberkas kerana mengganggu ketenteraman awam dan masih dalam tahanan.

Dia dilaporkan menjerit ‘negara ini (Britain) dibina menggunakan darah hamba-hamba’, sambil membaling telur tetapi tiada satu pun mengena pasangan monarki itu.

“Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam susulan insiden di Micklegate, Yorkshire. Dia masih dalam tahanan polis,” kata Polis Yorkshire Utara dalam satu kenyataan.

Ratu Elizabeth II pernah menjadi sasaran balingan telur ketika baginda melakukan lawatan ke Auckland, New Zealand pada 1986. Dua wanita muda yang menyamar sebagai pegawai kawalan orang ramai melemparkan ‘telur bertubi-tubi’ dan mengotori kot baginda.

Baca juga: ‘Saya hanya mahu kelihatan sihat dan gembira’ – BCL sedih difitnah hamil padahal berat badan naik

Baca juga: ‘Last call untuk pengundi, duit boleh ambil tapi tetap undi PH’