Kecoh lubang ‘maut’ tengah jalan Bandaraya Melaka

Oleh ROSLAN ZAMAN

Satu lubang maut ditemui di jalan raya dekat dengan Bandaraya Melaka hari ini.

Facebook Melaka Explorer sebentar tadi berkongsi gambar lubang benam atau ‘sinkhole’ yang mendapat pelbagai reaksi netizen.

Sebagai langkah berjaga-jaga, satu penghalang yang berwarna oren sudah diletakkan sebagai peringatan kepada orang ramai supaya berhati-hati di kawasan itu.

https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fmelakaexplorer%2Fposts%2Fpfbid022fYFKvg8fWF5E218bzwfTyAx7SwmhyKjeNdDZqtBTQZoXEb4r5bb8iQfkf34GRQXl&show_text=true&width=500

Pihak berkuasa didesak supaya menjalankan penilaian terhadap keadaan jalan dan infrastruktur di lokasi berkenaan yang berada berhampiran kawasan tambak.

Setakat laporan ini ditulis, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut. 

baca: Hidap sakit buah pinggang Tahap 4, kucing kesayangan Nabila Huda akhirnya ‘pergi’