Kecoh orang Sabah dah pernah jejak ke bulan, bila diselidik rupanya gambar di India

Oleh KIM SYAZIE

Tahun lalu pernah kecoh sekejap tentang klip video seorang lelaki yang lengkap berpakaian seperti seorang angkasawan, sedang berada di atas bulan.

Apa yang menjadi bualan adalah kapsyen pada video itu bahawa angkasawan tersebut merupakan orang Sabah pertama yang “menjejakkan” kaki ke bulan.

Walaupun ia sekadar satu hiburan, tetapi video itu tular sehingga mencapai lebih satu juta tontonan sejak ia mula dimuat naik pada Julai 2022.

Ia dimuat naik di akaun Facebook Rey Silver Prince dengan kapsyen “First Sabahan arrived at Moon” atau Orang Sabah pertama sampai ke bulan.

Memetik laporan UtusanTV, stesen itu sempat menjejaki asal usul video tersebut dan akhirnya menemui rakaman yang sama dimuat naik pada tahun 2019.

Ia dimuat naik oleh Rj shiv, pada 2 September 2019 dengan kapsyen “Moon Walk in India”.

Sementara itu, rata-rata warganet membanjiri ruangan komen turut terhibur dengan video tersebut kerana ramai yang memahami situasi sebenar jalan raya di Sabah.

“Maju sudah ni bulan sekarang, lama-lama ada LRT sudah pigi bumi,” tulis Martina JZen.

“Dy (dia) nk tunjuk keadaan jalan dh teruk nau.. Dah macam dekat bulan.. Bagus” komen Zara Bouquet Serkam.

“Lepas ni kalau nak buat filem pasal bulan, datang seja ke jalan raya Sabah,” kata Rei Kyoo.

Baca juga: Hospital Wanita patuh syariah Kelantan: Majlis pecah tanah dah buat ‘grand’, dah 2023 besi pun tak curucuk lagi