Kecoh persoal kerusi duduk: ‘B40 ni masalahnya lebih suka bayar duit rokok’

Oleh ARIF ATAN

Kecoh di media sosial sesetengah ibu bapa yang mempersoalkan penggunaan kerusi duduk dalam perhimpunan di sekolah.

Bagi sebahagian warganet pula, ada golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) bukannya pentingkan keselesaan anak-anak di sekolah.

“Masalahnya si miskin ni ni kebanyakan lebih suka bayar duit rokok berbanding pendidikan anak,” tempelak Ren Rina.

Sikap ramai ibu bapa yang sukar menjelaskan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Kebangsaan (SK) juga dibangkitkan netizen.

“Tak kira miskin atau kaya. Bab yuran PIBG susah sangat nak bayar. Kalau bab hentam sekolah sikit punya laju jari menaip,” tulis Rizuan Rahman.

Menurut Zarissa Zuha Zam pula, penggunaan kerusi duduk di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) adalah lumrah.

“Setiap bangku ada nombor dan murid wajib jaga bangku dia agar tak hilang. Bangku ini selain selesakan anak-anak, mengajar mereka amanah terhadap barang, berdisiplin dan paling penting bertanggungjawab.

“Benda baik kita sokong. Dekat perhimpunan tu kadang-kadang bukan sejam, bahkan sampai tiga jam kalau ada Hari Kebangsaan dan lain-lain,

“Fikir-fikirlah jangan mundur. Sekolah Cina berpuluh tahun dah pakai, tidak pula mereka complaint bising-bising,” katanya lagi.

Reaksi orang ramai susulan tular gambar menunjukkan keadaan persediaan untuk perasmian penggunaan kerusi duduk di Sekolah Kebangsaan Seri Aman semasa perhimpunan rasmi sekolah.

Baca juga Apa dah jadi dengan enam kapal tempur pesisir pantai sejak 2019?

Baca juga Korban kelab malam haram terbakar di Thailand kini 15 orang, lima pegawai kanan polis dipindah segera