Kecoh satu dorm lelaki perang dengan seekor tikus, “aku konfius ni bilik lelaki ke perempuan?” – netizen

Oleh KIM SYAZIE

Satu rakaman yang memaparkan keriuhan di sebuah bilik asrama dipercayai di Selangor tular di media sosial baru-baru ini.

Bagaikan dirasuk makhluk halus, pelajar yang menghuni asrama itu menjerit dan ada juga yang melompat ke atas katil untuk melarikan diri.

Semuanya gara-gara kehadiran seekor tikus yang merubah situasi tenang menjadi riuh dengan jeritan panik penghuninya.

Di antara 20 penghuni bilik asrama itu, terdapat beberapa pelajar dilihat memberanikan diri untuk mencuba menghalau binatang kecil itu.

Menurut remaja lelaki yang merakam video tersebut, insiden itu bermula dengan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan bilik.

Katanya, apabila tikus itu hadir hanya dua orang pelajar lelaki yang tidak berasa takut atau geli untuk cuba mengusir ‘pendatang asing’ tersebut.

https://www.tiktok.com/@hlmndnish/video/7212984659091950874?_t=8augxnivBTz&_r=1

“Hanya dua orang daripada kami yang berani nak halau tikus tu keluar bilik. Yang lain cuma mampu kepung dari pelbagai arah supaya ‘dia’ tak lari.

“Lebih kurang seminit jugalah kami halau dan akhirnya dia keluar sendiri hidup-hidup masuk longkang semula,” kata @hlmndnish.

Setakat ini, video yang dimuat turun di akaun TikTok itu telah mendapat 831,000 kali tontonan oleh pengguna platform media tersebut.

Baca juga: Kena tegur suruh jimat air, suami mengamuk tikam isteri sendiri sampai mati