Satu rakaman memaparkan insiden melibatkan usahawan kontroversi, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman tular di media sosial baru-baru ini.
Difahamkan, ketika kejadian yang mengejutkan itu berlaku, kenderaan mewah milik Aliff Syukri tiba-tiba dilanggar dari arah belakang.
Berlaku di Petaling Jaya, Selangor, kenderaan jenis BMW tersebut dipercayai dipandu sendiri oleh pengasas produk kosmetik itu.
Rakaman kejadian turut dimuat naik menerusi laman TikTok, namun rata-rata penonton didapati sukar untuk mempercayai Aliff Syukri.
Terkenal dengan tingkah yang sering mencipta kontroversi, ramai berpendapat insiden itu hanyalah lakonan semata-mata.
“Entahlah, payah nak percaya. Datuk ni kadang-kadang dia suka buat ‘movie’,” komen seorang pengguna yang mengakui keliru.
“Mana-mana pun ada ‘cameraman’ dia ini. Kalau buat sinetron mahu sampai kiamat tak habis,” seloroh pengguna lain.
Mengulas lanjut, Aliff berkata kereta berkenaan dipandunya secara berhati-hati dan perlahan berikutan jalan raya pada saat itu sangat sesak.
Menyifatkan kejadian tersebut adalah ujian dari Tuhan buatnya, Aliff bagaimanapun mengakui dirinya sangat terkejut dan kecewa.
“Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba kereta saya dilanggar dari arah belakang padahal jalan sesak sangat-sangat pada waktu ini.
“Saya bawa perlahan tiba-tiba kepala terhentak sakit sangat. Ujian sungguh untuk saya,” katanya menerusi satu kenyataan di laman Instagram.
Baca juga: Kecoh orang Sabah dah pernah jejak ke bulan, bila diselidik rupanya gambar di India