Malaysia Dateline

Kecoh sekejap laman SPA tergendala masa calon jawab periksa

Kecoh sekejap pagi tadi apabila calon yang tengah menduduki Peperiksaan Online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), dilaporkan tidak dapat mengakses beberapa bahagian soalan kerana server portal SPA bermasalah secara tiba-tiba.

Ribut juga seketika apabila ada yang mendakwa panggilan ke pengurusan SPA tidak dijawab.

“Yang pelik ada sesetengah server dapat jawab seksyen tersebut. Tu yang ramai mengamuk,” kata salah seorang calon.

Bagaimanapun SPA memaklumkan, peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 Di Jabatan Perkhidmatan Awam akan ditangguhkan pada jam 2 petang ini tetapi hanya bagi seksyen A – Pengetahuan Awam.

Manakala, Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah dan Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris diteruskan seperti biasa pagi tadi.