Kecoh tiupan angin dikaitkan dengan roh arwah Nur Farah, pendakwah tegur masyarakat jaga akidah

Oleh KIM SYAZIE

Kecoh di media sosial apabila seorang pengamal media mendakwa merasakan tiupan angin selepas pasukan penyelam polis menjumpai telefon milik mangsa bunuh, Nur Farah Kartini.

Dalam video pendek yang tular, wartawan itu percaya tiupan angin itu kemungkinan petanda roh arwah mengucapkan terima kasih.

Perkara tersebut menjadi bualan ramai dan menarik perhatian seorang pendakwah dan penyampai radio, Tajdid Hadhari.

Menerusi satu komen, dia meminta orang ramai menghormati roh arwah dan mendoakan perkara yang baik-baik.

Pesanan itu dipercayai ditinggalkan pendakwah tersebut di ruangan komen pada sebuah berita berkaitan Nur Farah.

“Jangan duk percaya bukan-bukan. Jaga akidah, hormati roh arwah. Doa yang baik-baik,” tulisnya di ruangan komen.

Sementara itu, menurut Pensyarah Kanan Pusat Pendidikan Universiti Malaya (UMEC) Bachok, Kelantan, Dr. Mohd Khairulnazrin Mohd. Nasir berkata, apabila manusia telah meninggal dunia, rohnya terus ke alam Barzakh, sama ada jasadnya dikebumikan atau tidak.

Ujarnya, mana-mana individu jangan sesekali membuat andaian palsu tentang perkara ghaib, termasuk keadaan roh manusia.

“Satu lagi nak pesan, jangan bermudah-mudah dalam mengambil ilmu agama daripada orang yang tidak diketahui latar belakang keilmuannya, lebih-lebih lagi berkaitan akidah.

“Akhir sekali, jangan terpengaruh dengan apa yang dipaparkan dalam cerita hantu,” tulisnya menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Baca juga: “Mak mentua kecewa aku jadi suri rumah, sedih tengok anak dia kerja seorang diri cari rezeki”