Malaysia Dateline

Kecualikan kenaikan OPR ke atas golongan berpendapatan rendah

Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada ketika ini lebih menguntungkan bank-bank dan hanya menekan sesetengah segmen rakyat terutama golongan berpendapatan rendah yang masih belum bersedia, walaupun secara teorinya OPR dinaikkan untuk melawan inflasi.

Adun Permatang Pasir, Faiz Fadzil berkata, kini semakin ramai rakyat menyuarakan keresahan mereka mengenai kenaikan OPR kerana inflasi semakin meningkat dan ramai dikalangan mereka tidak mampu menghadapi kenaikan bayaran balik pinjaman yang lebih tinggi.

“Dalam masa kurang daripada 2 bulan, Bank Negara Malaysia(BNM) telah menaikkan OPR sebanyak 50 mata dan pakar ekonomi menjangkakan ianya boleh dinaikkan 75 mata lagi dalam tempoh 12 bulan lagi.Sekiranya ini berlaku maka kadar faedah pinjaman akan melonjak ke paras pra-pandemik. Namun begitu, masih ramai lagi rakyat Malaysia belum bersedia menghadapi kenaikan ini.

“Golongan paling terbeban dengan kenaikan ini adalah golongan berpendapatan rendah termasuk kumpulan B40 dan pemilik perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutamanya mereka yang menghadapi kekangan modal kerja. Begitu juga dengan golongan muda yang baru memulakan pekerjaan serta mereka yang kembali bekerja setelah diberhentikan dua tahun yang lalu.

“Malah dalam situasi ekonomi yang masih meleset, golongan M40 turut terjejas apabila lebih 600,000 orang dari kumpulan M40 telah tergelincir ke dalam kumpulan B40 dan golongan sebegini perlu dikecualikan daripada kenaikan OPR. Ini merupakan satu solusi yang mana dasar monetari negara dapat diketatkan serta golongan yang memerlukan bantuan tidak dibiarkan begitu sahaja, ” ujar beliau.

Kecualikan kenaikan OPR ke atas golongan berpendapatan rendah
BNM dijangka naikkan OPR sekali lagi

Tegas Faiz lagi, inflasi yang berlaku ketika ini juga berpunca dari kegagalan kerajaan BN, Bersatu dan Pas yang tidak bersedia dari segi dasar ‘preemptive’ seperti memperluaskan sumber import bahan mentah dan makanan, memansuhkan sistem AP lebih awal dan meliberalisasikan dasar berkaitan pasaran.

Tambah beliau, adalah tidak adil bagi rakyat dicekik dengan beban faedah pinjaman, pada ketika kos sara hidup terus mencengkam hidup, apatah lagi kerajaan pula telah mula memotong subsidi dan hanya memberikan bantuan RM100 kepada sebilangan isi rumah.

Baca juga: Harga minyak masak botol wajar diturunkan segera selaras kejatuhan harga sawit BTS

Baca juga: Kanak-kanak melecur lepas makan ‘ice smoke’, punca percikan api masih tidak diketahui