Kedah akan jadi ‘Pit Stop’ pelancongan domestik, kata Exco

Kedah akan jadi ‘Pit Stop’ pelancongan domestik, kata Exco

Kerajaan negeri Kedah mempunyai banyak perancangan dalam usaha untuk menjadikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan yang amat menarik bagi pelancong tempatan dan juga luar negeri.

Exco Pelancongan kerajaan negeri Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata kerajaan negeri menjangkakan kunjungan pelancong positif pada tahun ini amat menggalakkan dan bercambah.

Mohd Asmirul Anuar Aris

“Pada tahun 2019 Kedah akan menjadi ‘Pit Stop’ atau hentian pelancong domestik yang ingin ke Thailand.

“Ia juga akan menjadi tumpuan lambakan pelancong Thailand yang akan berkunjung ke negeri Kedah.

“Sepertimana yang diketahui negeri Kedah mempunyai begitu banyak destinasi pelancongan dan percutian yang amat menarik boleh diterokai, ” tegasnya.

Beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda AMANAH negeri Kedah turut berkata, terdapat tarikan menarik yang bertaraf dunia seperti pulau-pulau dan pantai peranginan.

“Hutan simpan, tasik dan resort yang menarik untuk penginapan dan percutian juga akan ditingkatkan segala prasarana yang diperlukan.

“Manakala lokasi menarik seperti Pulau Langkawi, Gunung Jerai dan pelbagai lagi tempat menarik mampu menggandakan ekonomi dan pendapatan kepada penduduk tempatan dan juga kerajaan negeri.

Loading...

“Destinasi yang menarik yang terdapat di seluruh pelusuk negeri Kedah termasuklah air terjun, pemandangan sawah bendang yang indah dan seumpamanya akan menjadi nostalgia indah yang sukar untuk dilupakan, ” ujarnya lagi.

Sehubungan itu beliau menyarankan semua golongan masyarakat termasuklah pihak berkuasa tempatan untuk memainkan peranan yang penting bagi memastikan aspek kebersihan pada tahap yang terbaik bagi semua destinasi pelancongan.

Malah katanya, bukan sahaja persekitaran yang menarik pelancong sahaja perlu diberi perhatian, tetapi juga pengendali makanan, keselamatan dan sebagainya amat penting sebagai agen bagi mencambahkan lagi jumlah pelancong ke negeri Kedah pada tahun ini.