Kedah bakal jadi pembekal dan pengekspot produk berasas tenusu, kata Exco

Kedah bakal jadi pembekal dan pengekspot produk berasas tenusu, kata Exco

Kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) Negeri Kedah mampu membawa perubahan dengan pelbagai rancangan yang sedang direncanakan.

Ini termasuklah menjadikan Kedah sebagai salah sebuah negeri pembekal dan pengeksport produk berasaskan tenusu.

Demikian dinyatakan oleh Exco Pertanian dan Asas Tani Negeri Kedah, Azman Nasrudin (gambar atas).

Beliau juga berkata, pembangunan sektor ternakan haiwan tenusu akan diberi perhatian yang serius supaya apa yang dicitakan menjadi realiti tidak lama lagi.

“Terdapat begitu banyak tanah yang boleh dibangunkan supaya dijadikan sebagai ladang ternakan haiwan tenusu.

“Sekiranya ia dapat direalisasikan, sudah pasti Kedah mampu menjadi sebuah negeri pembekal dan pengeksport tenusu buat julung-julung kalinya.

“Kedah juga boleh menjadi taman pertanian serta pengeluar tanaman sayuran berasaskan prdoduk tenusu,” ujar beliau yang juga merupakan Adun Lunas.

Sehubungan itu katanya, industri ini akan diusahakan secara serius untuk dibangunkan dalam tempoh antara lima hingga sepuluh tahun.

Tegas Azman lagi, projek ladang tenusu yang dicadangkan ini nanti turut mampu untuk menjadi daya tarikan pelancongan.

“Agro pelancongan merupakan kegemaran pelancong dalam dan juga luar negara.

“Kita dapat lihat bagaimana Cameron Highland terbukti kaya dengan sayur-sayuran serta strawberi.

“Kedah juga boleh menjadi popular dengan projek tenusu apabila ia terkenal dengan hasil produk lembu dan juga kambing,” jelasnya.

Selain itu tambahnya, pelancong akan turut diperlihatkan dengan lebih jelas proses produk tenusu yang dilaksanakan.

Malah katanya, mereka juga dapat memperolehi produk hasil tenusu tersebut setelah ia dipasarkan kelak.

CATEGORIES