Kediaman mewah Adun Umno Pulau Pinang didedahkan

Kediaman mewah Adun Umno Pulau Pinang didedahkan

 

Ekoran banglo Lim Guan Eng dijadikan isu, kini pengguna media sosial didedahkan dengan banglo-banglo mewah dan besar milik Adun BN khasnya dari Umno di Pulau Pinang.

 

Ekoran banglo Lim Guan Eng dijadikan isu, kini pengguna media sosial didedahkan dengan banglo-banglo mewah dan besar milik Adun BN khasnya dari Umno di Pulau Pinang.

Ia termasuklah banglo mewah milik Datuk Jahara Hamid, Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang yang juga Adun Teluk Air Tawar itu.

Banglo Datuk MahmudWalaupun ketua pembangkang, Jahara tidak terlalu aktif dalam menyerang Guan Eng mengenai banglo yang dibelinya itu. Namun Jahara sangat aktif membangkitkan isu harga rumah mahal di negeri itu sekarang.

Banglo milik ZainalTurut didedahkan oleh pengguna media sosial adalah banglo mewah milik Datuk Zainal Abdin Osman, Pengerusi Umno Pulau Pinang.

Banglo itu terletak di Bukit Jawi Golf Villa, Sungai Jawi, Seberang Prai.

Selain rumah itu, Zainal juga mempunyai rumah di Glenmarie Court, Shah Alam.

Turut didedahkan adalah banglo mewah Datuk Mahmud Zakaria, Adun Sungai Aceh. Mahmud juga adalah timbalan ketua Umno Bahagian Nibong Tebal.

Kediaman mewah Muhamad Farid, Adun Pulau Betong juga didedahkan keoada umum.

Banglo milik RoslanBanglo Adun Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin yang dinamakan Villa Sutera dan terletak di Permatang Langsat itu juga didedahkan kepada umum.

Pendekata, hampir kesemua pemimpin Umno Pulau Pinang hidup mewah ketika Melayu Pulau Pinang antara yang paling miskin di negara ini.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya ketika berucap di Dewan Rakyat sebelum ini mengaitkan pembelian rumah Ketua Menteri itu dengan penjualan tanah kerajaan negeri yang dijual pada tahun 2012.

Ekoran itu media pro BN hampir setiap hari memainkan isu ini dengan menyamakan kedudukannya dengan kes Datuk Seri Khir Toyo yang membawa bekas menteri besar Selangor itu ke penjara.

Lim Guan Eng dalam kenyataannya mendakwa tuduhan berkaitan rasuah oleh Shahbudin di Dewan Rakyat sebagai tidak berasas.

Katanya, banglo itu dibeli dari pemilik kepada rumah yang disewanya selama ini apabila menjadi Ketua Menteri berdasarkan kesudian kedua-dua belah pihak untuk menjual dan membelinya.

Guan Eng menafikan ia ada kaitan dengan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis kerana penjualan itu dibuat berasaskan tender terbuka.

Jawatankuasa Pusat DAP pula telah menerima penjelasan Guan Eng dan mempertahankan setiausaha agung mereka itu dengan berkata tidak ada sebarang salah laku yang dibuat olehnya.

Bahkan mereka menyerang balik pihak-pihak yang mempertikaikan Guan Eng.

TAGS