Kedudukan kewangan negeri Kedah dijangka pulih pada Jun

Kedudukan kewangan negeri Kedah dijangka pulih pada Jun

Kedudukan kewangan kerajaan negeri Kedah dijangka akan beransur pulih setelah lonjakan hasil negeri ini mulai Jun nanti, walaupun kedudukan kewangan negeri sebelum ini dilaporkan berada dalam situasi yang agak kritikal.

Menurut Exco Kewangan, Syarikat Milik Kerajaan Negeri, Industri dan Pelaburan serta Agama, Datuk Amiruddin Hamzah, lonjakan hasil tersebut akan berjaya diperolehi daripada hasil cukai tanah yang telah diberi tempoh untuk diselesaikan sehingga Mei ini.

Malah ujarnya lagi, kelazimannya, perolehan pendapatan negeri akan mulai melonjak naik mulai pertengahan tahun.

Tegasnya lagi, sebahagian besar daripada perolehan tersebut adalah daripada hasil cukai tanah yang menjadi kelaziman penduduk menjelaskannya sebelum Jun.

Datuk Amiruddin Hazmah disambut ketika hadir di majlis iftar Pondok Moden Darussalam Changlun.

“Audit akan dilakukan terhadap kedudukan kewangan semasa negeri ini.

“Tindakan ini juga adalah bagi mengenal pasti status serta kedudukan sebenar kewangan negeri setakat ini.

“Kerajaan negeri memerlukan sedikit masa untuk dilaksanakan audit sebelum kita menyatakan samada negeri Kedah benar-benar mengadapi masalah kewangan yang kronik atau pun pertengahan, ” jelasnya ketika hadir dalam majlis berbuka puasa anjuran Pondok Moden Darussalam Changlun.

Katanya lagi, selepas selesainya pengauditan tersebut serta kutipan hasil baharulah kerajaan negeri dapat merencanakan pelan perbelanjaan pembangunan negeri.

Beliau juga berkata kesemua ini adalah berdasarkan kepada kemampuan kewangan yang diperolehi serta memberi keutamaan kepada sesuatu yang penting.

“Setelah diberi mandat untuk menerajui exco kewangan negeri maka fokus utama yang harus diberikan ialah untuk mengukuhkan kedudukan kewangan negeri.

“Setelah ianya didapati kukuh, maka pelbagai perancangan dapat direncanakan selepas itu.

“Banyak program yang menjurus kepada pembangunan kepada rakyat akan dapat dilaksanakan setelah semuanya dapat disempurnakan terlebih dahulu, ” tambahnya.

9.0
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS