Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kedudukan Malaysia lebih baik dalam Indeks Demokrasi, ranking ke-43

Kedudukan Malaysia lebih baik dalam Indeks Demokrasi, ranking ke-43

BernamaFebruary 4, 2020 11:42 am




Malaysia telah memperbaiki kedudukan dalam Indeks Demokrasi selepas berada di tempat ke-43 tahun lepas berbanding ke-52 pada 2018 daripada 167 negara yang dinilai.

Menurut laporan Indeks Demokrasi 2019 yang dikeluarkan Unit Perisikan Ekonomi (EIU), Malaysia mencatat 7.16 daripada skor atau markah maksimum 10, skor yang paling baik setakat ini.

Malaysia mendapat skor yang baik untuk proses pilihan raya dan pluralisme, fungsi kerajaan dan penyertaan dalam politik, serta budaya politik.

“Sejak dimulakan pada tahun 2006, Indeks Demokrasi telah menekankan kemerosotan progresif dalam amalan demokrasi di Barat,” kata laporan itu sambil menambah bahawa AS diturunkan daripada “demokrasi penuh” kepada “demokrasi pincang” pada tahun 2016.

Laporan itu turut memetik seorang sarjana demokrasi terkenal sebagai berkata dunia telah melalui “kemelesetan demokrasi” dengan trend ke arah autoritarianisme di negara membangun.

Malaysia telah melangkah jauh sejak indeks itu bermula pada tahun 2006 apabila ia mencatatkan 5.98 mata, diikuti oleh 6.36 (2008), 6.19 (2010, 2011), 6.41 (2012), 6.49 (2013, 2014), 6.43 (2015), 6.54 (2016, 2017) dan 6.88 (2018).

“Sebaliknya, Malaysia, yang memansuhkan undang-undang ‘berita palsu’ pada Ogos 2018 (yang diperkenalkan pada bulan Mac tahun itu), mencatatkan peningkatan demokrasi pada 2019.

“Skornya bertambah baik dan negara naik sembilan tangga di peringkat global dengan peluang berkempen untuk semua parti, termasuk pembangkang, bertambah baik terutama dalam media sosial,” menurut laporan itu.

Indeks Demokrasi berdasarkan penarafan untuk 60 indikator dan lima kategori termasuk proses pemilihan dan pluralisme, kebebasan sivil, fungsi kerajaan, penyertaan dalam politik dan budaya politik.

Negara dengan skor lebih tinggi daripada lapan berada dalam kategori demokrasi penuh; enam dan lapan (demokrasi pincang); empat hingga enam (rejim campuran) dan bawah empat (rejim autoritarian).

Norway, Iceland, Sweden, New Zealand dan Ireland dalam kategori demokrasi penuh manakala Syria, Republik Afrika Tengah, Congo dan Korea Utara dalam kategori rejim autoritarian.

Thailand mencatatkan peningkatan terbesar apabila melonjak 38 anak tangga ke kedudukan 68 dan bertukar dari kategori “rejim campuran” kepada kategori “demokrasi pincang”.

Menariknya, kajian itu juga menunjukkan bahawa hampir separuh (48.4 peratus) populasi dunia hidup dalam demokrasi seumpama itu, dengan hanya 5.7 peratus berada dalam kategori “demokrasi penuh” dan lebih daripada satu pertiga di bawah pemerintahan autoritarian.

Daripada 167 negara dalam indeks itu, 22 berada dalam kategori demokrasi penuh, demokrasi pincang (54), rejim campuran (37) dan rejim autoritarian (54).– BERNAMA

 

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Darurat demi kedudukan Muhyiddin tapi rakyat tambah derita

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Terkini

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

PKP seluruh negara, kecuali Sarawak, mulai 22 Januari

Lagi Menteri disahkan positif Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production