Kedutaan AS sahkan rakyat Malaysia tidak terjejas arahan eksekutif Trump

Kedutaan AS sahkan rakyat Malaysia tidak terjejas arahan eksekutif Trump

Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini, hari ini mengesahkan bahawa rakyat Malaysia tidak terjejas dengan larangan perjalanan yang dikeluarkan oleh Presiden Donald Trump.

Kenyataan itu berkata, perintah eksekutif kekal sebagaimana yang dikeluarkan pada 27 Januari lalu dan Malaysia tidak berada dalam senarai negara-negara terjejas dengan arahan tersebut.

“Rakyat Malaysia boleh melakukan perjalanan ke Amerika Syarikat dengan visa yang sah. Kerajaan AS komited untuk memudahkan perjalanan secara sah pelawat antarabangsa di samping menjamin keselamatan sempadan AS.

“Penggantungan ini yang diperuntukkan dalam Perintah Eksekutif membolehkan kerajaan AS mengkaji semula prosedur pemeriksaan sedia ada dan pada masa melindungi keselamatan negara,” kata kenyataan itu seperti dilapor Ismaweb.net.

Pengesahan itu sekali gus memperbetulkan salah faham terhadap laporan yang disiarkan oleh portal liberal Malay Mail Online (MMO) dan Sinar Harian berhubung perkara itu.

Sebelum ini, MMO menyiarkan laporan bertajuk Malaysia kini dalam senarai larangan imigresen Trump, hanya berdasarkan kenyataan seorang individu AS di Twitter, sebelum dipetik dan dilaporkan oleh Sinar Harian.

Laporan berkenaan mencetuskan kemarahan dan rasa terkejut pengguna laman sosial yang rata-ratanya mengkritik teruk keputusan dan tindakan Trump termasuk polisi luar negara Malaysia.

TAGS