Kehadiran bukan ukuran, pemimpin dan rakyat perlu ubah kepimpinan negara

Kehadiran bukan ukuran, pemimpin dan rakyat perlu ubah kepimpinan negara

Walaupun kehadiran penyokong Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi dilihat tidak seramai kehadiran dalam himpunan yang pernah dianjurkan pembangkang sebelum ini, ia tidak boleh dijadikan ukuran untuk mengatakan himpunan diadakan ini kurang mendapat sambutan.

Pandangan ini dilontarkan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang berkata, bukan soal jumlah pengunjung tetapi yang penting ialah mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat secara langsung di tempat terbuka dan melalui media pro-pembangkang dan sebagainya.

“Saya yakini sokongan rakyat terhadap pembangkang tidak berubah cuma medium maklumat hari ini sedikit berubah.

“Jika ada yang tidak hadir saya yakin mereka mengikutinya di media online keseluruhan acara diaturkan,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Beliau yang hadir lewat petang ini akan bersama dengan pengunjung untuk mendengar ceramah yang akan disampaikan oleh pimpinan utama empat parti gabungan dalam Pakatan Harapan iaitu acara kemuncak kepada himpunan hari ini.

Mahfuz antara pemimpin kanan Pas yang kerap dilihat bersama dalam program dianjurkan Pakatan Harapan turut menyeru rakyat dan pengundi bersama pimpinan Pakatan Harapan untuk merampas kuasa daripada kerajaan Umno-BN melalui pilihan raya akan datang.

“Saya nak seru kepada rakyat terutama pengundi inilah masa untuk rakyat kembali merampas kuasa melalui pilihan raya.

“Ini kerana zaman selepas merdeka penguasa adalah daripada rakyat tapi hari ini penguasa bukan lagi daripada rakyat tetapi penguasa adalah di kalangan pemimpin kleptokrat.

“Pemimpin kleptokrat perlu disingkirkan oleh rakyat,” ujarnya.

Jelas beliau lagi, rakyat harus sedar bahawa rakyat berkuasa terhadap sebuah kerajaan yang akan dibentuk kelak.

“Kita harapkan Kerajaan yang dibentuk adalah kerajaan rakyat bukan lagi kerajaan yang dikuasai kleptokrat.

“Peringatan kepada semua pemimpin politik yang akan mengambil alih kerajaan kelak, mereka harus ingat mereka tidak akan jadi kleptokrat.

“Jika mereka juga jadi kleptokrat ini bermakna giliran mereka pula akan ditentang oleh rakyat,” ujarnya.

Beliau mengharapkan pemimpin pembangkang akan menjadi satu pemerintah yang bersih daripada sebaracng bentuk rasuah dan salah guna kuasa sekiranya rakyat eberikan mandat pada PRU14.

 

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS