Malaysia Dateline

Kehadiran di Parlimen: Anthony Loke, Syed Saddiq dan Mat Sabu cemerlang tapi Hadi dan Muhyiddin paling corot

Penyandang Parlimen Seremban, Anthony Loke dari DAP tidak pernah ponteng untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat sehingga Parlimen dibubarkan berkuat kuasa 10 Oktober lalu.

Beliau mencatatkan kehadiran penuh 89 hari sidang Parlimen diikuti Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (88 hari) dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu (87 hari).

Lain pula halnya dengan dua teraju parti yang berada dalam Perikatan Nasional (PN) sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Kedua-dua Presiden Bersatu dan Pas berkenaan masing-masing merekodkan jumlah kehadiran paling corot daripada jumlah hari sidang sebelum bubar Parlimen.

Hadi dan Muhyiddin sama-sama corot dalam kehadiran di Parlimen.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga kekal bertanding di Pagoh pada rupa-rupanya hanya hadir 25 hari sahaja.

Ini bermakna 72 peratus daripada tempoh sidang Parlimen tidak dihadiri Muhyiddin.

Sementara itu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang cuma menjejakkan kaki di Parlimen hanya 28 hari sepanjang tempoh sama.

‘Rekod’ kehadiran Hadi yang juga Timbalan Presiden Perikatan Nasional (PN) itu sekali gus menyaksikan 69 peratus hari berlangsungnya sidang, kerusi bagi Parlimen Marang di Dewan Rakyat tiada penghuni.

Baca juga PN kaji pengeluaran bersasar KWSP: ‘Pastikan negara ditadbir kerajaan yang tidak bankrap idea’ – Anwar

Baca juga Kesiannya.. 26 ekor ikan emas lelaki ini mati sebab renjatan elektrik..