Kehadiran Isa Samad laluan berliku buat DSAI, kata Umno Selayang

Kehadiran Isa Samad laluan berliku buat DSAI, kata Umno Selayang

Ambang Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson semakin terasa dan ramai beranggapan Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menang dengan mudah.

Namun, bagi Ketua Pemuda Umno Selayang, Shah Zanuriman (gambar atas) berkata, beliau mempunyai pandangan yang berbeza.

“Kalau ambik kira pendapat peribadi Pemuda Umno Selayang laluan Datuk Seri Anwar agak sukar sebab bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad akan turut bertanding sekali,” ujarnya ketika ditemu ramah Malaysia Dateline semasa memghadiri Perhimpuman Agung Umno di PWTC hari ini.

Jelasnya lagi, Tan Sri Isa mempunyai pengaruh yang kuat dan merupakan orang yang dihormati di Port Dickson.

Namun, Shah menjelaskan dalam politik apa sahaja boleh berlaku.

“Dalam arena politik ini apa sahaja boleh berlaku jadi bagi saya, peratusan untuk Datuk Seri Anwar menang tu ialah 50-50,” katanya.

Dalam pada itu media melaporkan hari ini bahawa seramai tujuh calon layak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober ini.

Mereka yang layak bertanding ialah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; calon Pas, Mohd. Nazari Mokhtar dan bekas Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang bertanding sebagai calon Bebas.

Turut bertanding sebagai calon Bebas ialah bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Stevie Chan Keng Leong, Lau Seck Yan dan Kan Chee Yuen.

COMMENTS

Wordpress (0)