Malaysia Dateline

Kehadiran Mahathir jadi tumpuan jemaah masjid

Tun Dr Mahathir Mohamad hadir dalam Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis  ketika berlangsungnya Forum Khas Baitulmaqdis di ruang utama Masjid Putra, Putrajaya pada jam 12.55 tengahari tadi.

Kehadiran beliau mendapat perhatian jemaah masjid yang berpusu-pusu bersalaman dengan bekas perdana menteri Malaysia ini.

Tun Dr Mahathir seusai solat sunat sempat mendengar ucapan panel ketika berlangsungnya Forum Khas Baitulmaqdis di Masjid Putra hari ini.

Dr Mahathir  yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) melakukan solat sunat di bahagian tepi saf hadapan dan kehadirannya dialu-alukan oleh moderator forum khas Baitulmaqdis Profesor Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi.

Hari ini diadakan Himpunan Solidariti Baitulmaqdis yang disertai parti politik pembangkang, NGO dan NGI yang turut bersama menentang tindakan Amerika Syarikat memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis.

Forum Khas Baitulmaqdis itu diadakan sebelum himpunan dan resolusi yang akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seusai solat Jumaat.

Tun Mahathir mengaminkan doa seusai forum.