Malaysia Dateline

Logo Amanah 2

Keharmonian kaum dan agama di Sabah tanggungjawab bersama, kata Pemuda AMANAH

Khairuddin Daud

Pemuda AMANAH Sabah menyeru rakyat mengekalkan keharmonian kaum dan agama di Sabah dengan menghormati adat resam dan kepercayaan agama masing-masing, selaras dengan seruan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Ketua Pemudanya Khairuddin Daud berkata, sikap ini telah lama diamalkan oleh rakyat Sabah dan terbukti rakyat Sabah dapat hidup dengan harmoni hingga ke hari ini.

“Tindakan-tindakan melampau yang mencetuskan provokasi kaum dan agama seharusnya dihindari kerana dikhuatiri akan menggugat kestabilan dan keharmonian di negeri Sabah.

“Wacana-wascana seperti dialog, forum dan interaksi antara kaum dan antara, agama adalah antara mekanisme yang terbaik dalam mencari titik persamaan dan mengenali budaya serta adat resam masing-masing,” ujarnya dalam kenyataan.

Pemuda AMANAH Sabah juga percaya para pemimpin negeri menggalas tanggungjawab ini secara serius dalam memastikan mesej keharmonian dan permuafakatan dapat terus disemai dalam kalangan rakyat Sabah,katanya.