Malaysia Dateline

Kehilangan paksa: Bekas pegawai polis tarik diri sertai Pasukan Petugas Khas

Salah seoang Ahli Pasukan Petugas Khas (PPK) bagi menyiasat kes kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat menarik diri secara sukarela daripada pasukan itu.

Dalam satu kenyataan Kementerian Dalam Negeri hari ini, berkata, penarikan diri Datuk Mokhtar Mohd Nor daripada PPK dibuat beliau atas rasa tanggungjawab untuk memelihara integriti dan ketelukan PPK.

Ini susulan tindakan pihak tertentu yang mempersoalkan kesesuaian keanggotaan beliau dalam pasukan itu.

“Beberapa Pertubuhan bukan kerajaan telah mempersoalkan perlantikan beliau kerana sebelum ini terlibat secara langsung dalam kedua-dua kes kehilangan Pastor Raymond dan Amri Che Mat.

“Dakwaan itu adalah tidak benar sama sekali kerana beliau bukan merupakan saksi atau pegawai yang menyiasat kedua-dua kes ini.

“Pelantikan Datuk Mokhtar Mohd Noor dibuat berdasarkan profesionalisma dan kepakaran beliau sebagai bekas Ketua Bahagian Perundangan PDRM yang mempunyai pengetahuan luas berkaitan isu perundangan PDRM yang voleh membantu PPK menjalankan fungsinya,” ujarnya kenyataan itu.

Kementeria Dalam Negeri dalam kenyataannya juga mengucapkan terima kasih kepada Mokhtar atas komitmen beloau untuk membantu mencari keadilan ekpada keluarga mangsa kehilangan. Selain kesanggupan untuk mengambilkira pandangan awam mengenai kehalian beliau dalam PPK agar tidak menjejaskan kredibiliti siasatan dan hasil laporan yang akan dikemukakan nanti.

“Pelantikan ahli baru PPK sebagai pengganti akan dibuat dalam masa terdekat,” kata kenyataan itu lagi.

Pada 26 Julai lalu Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelantikan 6 anggota PPK yang diketuai bekas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rahim Uda.

Lima lagi anggota pasukan petugas khas ialah bekas Ketua Bahagian Perundangan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Mokhtar Mohd Noor; Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM, Datuk Zamri Yahya.

Pengarah Bahagian Operasi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP), Datuk Muhammad Bukhari Ab Hamid; Pegawai Undang-Undang, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara (AGC), Mohd Sophian Zakaria dan Setiausaha Bahagian, Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) Kementerian Dalam Negeri, Mohd Russaini ldrus.

Namun keluarga Koh dan Amri yang tidak bersetuju dengan pemilihan anggota pasukan petugas khas ditubuhkan KDN  untuk menyiasat kehilangan anggota keluarga mereka.