Malaysia Dateline

Kejatuhan Ringgit di luar kawalan kerajaan kata Najib

Kejatuhan ringgit makin parah, kerajaan ibarat burung kakak tua ulangi alasan salahkan faktor pasaran

Kesan kejatuhan ringgit ini cukup parah kepada ekonomi negara kerajaan BN PN ibarat burung kakak tua terhadap respon kejatuhan ringgit, hanya mengulangi alasan sama dengan menyalahkan faktor pasaran atas kejatuhan ringgit.

Bukan sahaja enggan menjalankan kawalan modal, malah tiada juga dasar alternatif untuk mengurangkan impak kejatuhan ringgit.

Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional Faiz Fadzil berkata rakyat Malaysia pula turut akan terhimpit teruk, memandangkan 60% makanan Malaysia diimport dari luar dan kos import makanan setakat 2021 mencecah RM64 bilion.

Kesannya, kata beliau harga barang makanan akan terus naik dan ini menekan ekonomi rakyat termasuk golongan B40 dan M40.

“Gula-gula yang diumumkan dalam Belanjawan baru-baru ini tidak mampu meringankan beban rakyat terutama golongan miskin bandar.

“Ringgit semakin jatuh, inflasi pula makin mencanak. Pembubaran Parlimen kononnya bagi membentuk kerajaan stabil gagal mendorong kenaikan pasaran ringgit.

Bukan sahaja enggan menjalankan kawalan modal, malah tiada juga dasar alternatif untuk mengurangkan impak kejatuhan ringgit,” katanya.

Sepatutnya, diumumkan pemberian subsidi sementara dan bersasar untuk import bahan asas seperti

“Makanan dan sesetengah bahan input perniagaan;

“Pemberian pinjaman modal kerja berkadar faedah 0% atau rendah untuk perusahaan kecil sederhana yang mengimport;

“Meliberalisasi dasar import untuk mengurangkan kos; atau mencari negara import alternatif menerusi intervensi segera kerajaan,” cadangnya.

Katanya, kalau Najib merosakkan negara dengan mencuri duit rakyat, pemimpin BN PN terutama Umno pula merosakkan ekonomi kerana pengurusan yang tidak cekap.

Berikutan kegagalan kerajaan BN PN ini katanya rakyat harus menilai kemampuan mereka dalam membuat pilihan kali ini.

“Masa depan negara 5 tahun ini tidak harus diletakkan kepada mereka yang gagal dan korup. PRU ke-15 ini adalah penentu masa depan kita.

“Rekod pemerintahan PH adalah sandaran rakyat bagi menyelesaikan isu ringgit dan inflasi negara yang mencanak,” kata beliau.

Ringgit telah menyusut ke paras paling teruk dalam sejarah lebih membimbangkan, ringgit telah merosot berbanding dua matawang milik rakan dagang terbesar negara, iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Singapura.

Pada 14 Oktober 2022, ringgit mencecah RM4.70 berbanding dolar AS. Ini rekod terburuk negara. Ringgit juga jatuh ke RM3.30 berbanding dolar Singapura, iaitu paras paling teruk setakat ini.

Ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dahulu, ringgit kebiasaannya berada antara RM3.94 – RM4.20 berbanding dolar AS.

Ini antara sebab utama mengapa paras inflasi ketika pemerintahan PH adalah antara yang terendah dalam sejarah iaitu 0.2%.

Berbanding di zaman BN PN, inflasi makanan melonjak teruk ke paras 7.2% yang menyebabkan inflasi negara sekarang mencecah kadar 4.7%.

Baca juga: ‘Banyaknya hutang 1MDB yang kita nak kena sama-sama tanggung’

Baca juga: Bekalan telur terjejas kerana dieksport ke luar negara