Kejayaan Israel kini boleh ditonton rakyat Malaysia melalui filem “7 days In Entebbe”

Filem yang memaparkan kejayaan Israel kini boleh disaksikan rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia kini boleh menonton kejayaan tentera Israel membebaskan rakyat mereka dalam filem “7 days In Entebbe”, sesuatu yang selama ini tidak boleh disaksikan.

Filem yang sedang ditayangkan di seluruh negara itu memaparkan kisah rampasan kapal terbang Air France yang membawa 240 penumpang dari Tel Aviv ke Paris.

Ia berdasarkan kisah benar yang berlaku pada tahun 1976 ketika negara Israel mula di iktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Dalam filem ini, empat orang pejuang Palestin merampas kapal terbang itu dan menuntut agar rakan mereka dibebaskan dari penjara Israel.

Mereka bekerjasama dengan aktivis Nazi, Jerman dan juga kerajaan Uganda pimpinan Idi Amin.

Selepas dirampas, kapal terbang ini dibawa ke lapangan terbang Entebbe yang terletak di Uganda.

Kabinet Israel telah membuat keputusan membebaskan tahanan itu dengan menghantar tenteranya yang menaiki empat buah kapal terbang pengangkut tentera ke Entebbe.

Di sana mereka telah menyusup masuk dengan menggunakan ‘Mercedes Hitam’ yang selalu digunakan Idi Amin untuk berjumpa dengan para tebusan itu.

Hasilnya, mereka berjaya membunuh ke empat-empat pejuang Palestin itu di samping tentera Uganda yang mengawal di situ dan membebaskan tebusan mereka.

ketibaan para tebusan disambut dengan gembira oleh Kabinet Israel dan media mereka.

Filem dilakunkan oleh Rosamund Pike, Daniel Brühl, Eddie Marsan dan Ben Schnetzer manakala pengarahnya adalah José Padilha dan diedarkan oleh TGV Pictures.

9.0
OVERALL SCORE
: 8.0
2 user votes x 9.5