Kejayaan Mahathir, eksperimen Pakatan Harapan

Kejayaan Mahathir, eksperimen Pakatan Harapan

Kejayaan Deklarasi Rakyat yang ditandatangani pemimpin merentasi parti politik Jumaat lalu, dilihat bertitik tolak daripada faktor Tun Dr Mahathir Mohamad, kata penganalisis dari Ilham Centre, Hisomuddin Bakar.

Kejayaan Deklarasi Rakyat yang ditandatangani pemimpin merentasi parti politik Jumaat lalu, dilihat bertitik tolak daripada faktor Tun Dr Mahathir Mohamad, kata penganalisis dari Ilham Centre, Hisomuddin Bakar.

Menurutnya, Pakatan Harapan dianggap dalam keadaan bereksperimen dengan menyertai kesepakatan tersebut memandangkan ketiadaan ikon seperti Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tidak salah mencuba daripada tidak berbuat apa-apa. Bereksperimen untuk melihat terjadinya gelombang perubahan di pihak rakyat.Parti yang memahami selera rakyat akan mendapat perhatian dan sokongan massa.

“Kena ada bacaan politik. Kalau bawa (sikap) yang bercanggah dengan aspirasi rakyat, terkeluar dari ‘mainstream’, itu sama sekali tidak membantu,” ujarnya dalam retreat Biro Tanah dan Luar Bandar Amanah di Melaka.

Mengakui rakyat bawahan sedang lemas dalam fasa perselisihan di pihak parti pembangkang, Hisomuddin berkata, situasi pada masa ini dianggap sebagai satu bentuk kelesuan.

“Kami namakan sebagai kelesuan atau kelelahan terhadap Pakatan Harapan. Sebahagian daripada 52 peratus pengundi yang memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 lalu amat kecewa.

“Dulu kita jumpa (responden) purata kurang 10 peratus yang enggan menjawab. Sekarang sudah mencecah 30 peratus. Mereka sudah malas beri komentar tentang Pakatan Harapan,” tambahnya lagi.

TAGS