Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Ahli Majlis MPKj Zon 18 meriah

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Ahli Majlis MPKj Zon 18 meriah

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Ahli Majlis Zon 18 2018′ yang bertempat di Padang Awam Semenyih semalam berlangsung meriah.

Program tersebut adalah anjuran Ahli Majlis MPKj Zone 18 yang diketuai Rajendra Kumar A/L Munusamy.

Penyelaras Pusat Peduli Rakyat Parlimen Hulu Langat Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus yang juga merupakan Naib Presiden Parti AMANAH Negara telah diberi kesempatan untuk memberi ucapan dan seterusnya merasmikan kejohanan tersebut.

Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus berucap merasmikan kejohanan.

Dalam ucapannya merasmikan kejohan tersebut, Ustaz Hasanuddin mengucapkan tahniah kepada mereka yang terlibat yang sentiasa berusaha untuk bersama dengan masyarakat dalam pelbagai aktiviti.

“Usaha pihak penganjur menemukan veteran ahli sukan Semenyih dan Negeri Selangor dalam majlis tersebut merupakan langkah yang harus dipuji kerana ia akan memberi semangat kepada para peserta, penyokong dan para penonton.

“Apabila anak muda sihat, pandai bergaul sesama pemain sepasukan dan pasukan lain, menghormati peraturan dan pengadil, mengawal emosi ketika konflik, menang dan kalah, ia akan membuat pemuda kita semakin matang,” antara lain kata beliau lagi.

Beliau juga kemudiannya turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang dalam kejohanan berkenaan.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote