Kejohanan Dunia: Selepas berhempas pulas Daren berjaya ke separuh akhir

Kejohanan Dunia: Selepas berhempas pulas Daren berjaya ke separuh akhir

Selepas berhempas pulas dan menunjukkan semangat yang jitu, pemain badminton negara Liew Daren akhirnya berjaya menempah tiket ke separuh akhir persorangan lelaki di Kejohanan Badminton Dunia di Nanjing.

Dalam perlawanan semalam, Daren mengambil masa satu jam 20 minit dalam perlawanan yang cukup sengit untuk menundukkan Kanta Tsuneyama dari Jepun 22-20, 21-13 dan 22-20 di Arena Pusat Sukan Remaja Olimpik di Nanjing.

Pada satu ketika, beliau terbaring di lantai mengadu sakit buku lali kanan dalam permainan kedua tetapi kemudian bangkit bertahan dan terus bertarung, lapo The Star Online.

Kelmarin, beliau telah menundukkan pemain No 5 Dunia, K. Srikanth dari India.

Pada separuh akhir nanti Daren akan berhadapan dengan pemenang pertarungan antara Kent Momota dari Jepun dan B. Sai Praneeth dari India.

CATEGORIES