Malaysia Dateline

Kejohanan sepak takraw kanak-kanak cungkil bakat cilik

Bagi mencungkil bakat cilik dalam olahraga, Parlimen Lumut berjaya mengadakan kejohanan sepak takraw kanak-kanak yang julung kali diadakan ekoran pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak dua tahun lalu.

Kejohanan Manjung Soccer Kids itu merupakan anjuran Kelab Sepak Takraw Astaka dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Lumut.

Ahli Parlimennya, Dr Mohd Hatta Ramli menyatakan harapan agar lebih ramai pelapis dapat dilahirkan dalam kejohanan seperti itu.

“Kejohanan ini mendapat sokongan yang padu daripada pelbagai penaja dan ibu bapa yang berkobar-kobar melihat anak mereka beraksi selepas dua tahun dibelenggu dengan ujian Covid-19,” menurut kenyataan di Facebook rasmi Parlimen Lumut.

Sementara itu, program sepak takraw bagi dewasa juga tidak dilupakan dan berjaya menarik 46 pasukan takraw di seluruh kawasan Manjung.