Kejut anak guna ‘meriam’, ni dengan jiran pun boleh bangun sekali

Oleh KIM SYAZIE

Pelbagai cara akan dilakukan ibu bapa untuk memastikan anak untuk bangun sahur dan cara bapa ini mungkin paling unik.

Satu video dimuat naik pengguna TikTok @muka_macaron, menunjukkan seorang lelaki mengejutkan anaknya dengan ‘meriam angin’.

‘Meriam’ tersebut dibuat menggunakan batang paip dan botol mineral, dapat dilihat lelaki tersebut melepaskan ‘letupan’ dari tingkat bawah rumah.

Dalam video berkenaan dapat dilihat, ‘meriam’ yang dibina itu telah menghasilkan bunyi dentuman yang amat kuat.

@muka_macaron

Cara beliau nak kejutkan anak2 beliau😑

♬ Bersama Di Hari Raya – Cenderawasih

Rata-rata warganet terkejut malah berseloroh yang satu taman boleh bangun dengan bunyi tersebut.

“Ini sekali dengan jiran-jiran bangun ni,” komen @sitinadzirahsubri.

“Satu taman menggelupur bangun sahur,” ujar pengguna TikTok lain.

“Mak saya selalu cakap, kalau gerak hang (anda) ni susah bangun kena letak bom kot. Sekarang saya bagi solusi ni dekat mak saya,” tambah Amir.

Baca juga: “Berapa ya nak bagi duit raya tahun ni?” – Setiap tahun mesti pening, ini panduan bajet untuk anda