Jika anda spesies payah untuk bangun awal pagi walaupun sudah memasang penggera dengan nada paling bingit, mungkin ‘alarm’ daripada suara TikToker ini akan membuatkan golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) sentap sedar diri.
Kejutan pagi oleh Nani Roslan dengan kelebihan suara yang ‘sedap’ dan seperti lazim didengar pada mesin dilihat menarik perhatian netizen.
Dia yang memiliki hampir 140,000 pengikut setakat hari ini memenuhi permintaan seorang pengguna TikTok, Aidiel supaya disebutkan namanya untuk dijadikan sebagai bunyi penggera.
“Aidiel bangun, bangun pagi. Jangan tekan snooze. Awak B40. Kena bangun kerja. Bangun. Macam mana nak jadi T20. Bangun. Jangan tekan snooze.
“Bangun. Tak perlu tarik selimut. Awak miskin bangun kerja,” kejut Nani sambil sempat perli.
Rata-rata netizen terhibur dengan pesanan ‘khidmat masyarakat’ yang menyebut tentang kelas ekonomi itu lengkap ekspresi muka yang ada dianggap masuk sama dalam mimpi Aidiel lantas terus bangun.
Lucunya, ada pula yang berharap Nani menghasilkan penggera versi untuk T20.
“Buat alarm untuk T20 pula, suruh dia tidur tak payah bangun,” kata seorang netizen.
Dalam hal berkaitan, ahli neurologi, Dr James Giordano berpendapat penggera untuk bangun tidur sebaik-baiknya mempunyai bunyi yang menenangkan.
Pakar dari Jabatan Neurologi di Georgetown University Medical Centre itu berkata, penggera yang terlampau kuat akan mengaktifkan sistem saraf simpatik pada otak yang dibaca sebagai ‘ancaman’, menyebabkan tubuh dipaksa bangun sebelum waktunya.
Baca juga Pak Hod mengaku 10 tahun kutip besi buruk, barang buangan bukan tak ada duit, rumah pun ada
Baca juga Alami masalah saraf, lelaki kini boleh ‘merasa’ dan ‘menghidu’ perkataan