Kejutan awal Zii Jia singkir pemain nombor 3 dunia

Kejutan awal Zii Jia singkir pemain nombor 3 dunia

BIntang muda negara Lee Zii Jia, memulakan kempen kejohanan badminton Indonesia Masters dengan cukup yakin apabila menyingkirkan pemain nombor tiga dunia dari Taiwan, Chou Tien Chen di Istora Senayan, Jakarta, hari ini.

Zii Jia, 21, hanya mengambil masa 31 untuk merakamkan kemenangan kedua dalam tiga pertemuan ke atas Tien Chen dengan keputusan straight set 21-13, 21-13.

Satu-satunya wakil tunggal negara dalam acara perseorangan negara, Zii Jia, yang tewas kepada bekas juara dunia dari Denmark, Viktor Axelsen pada suku akhir Malaysia Masters minggu lalu, akan bertemu pemain Thailand, Sitthikom Thammasin bagi perebutan tempat ke suku akhir esok.

Seorang lagi wakil negara, Chong Wei Feng tersingkir seawal pusingan pertama apabila tewas 21-12, 21-8 kepada pemain nombor lapan dunia dari India, K. Srikanth.

Dalam pada itu, dalam acara beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menjadi wakil tunggal negara dalam acara itu selepas dua lagi beregu negara mengalami kekalahan pusingan pertama.

Yew Sin-Ee Yi mara ke pusingan kedua setelah mengalahkan beregu China, He Jiting-Tan Qiang 21-17, 21-8.

KEPUTUSAN PUSINGAN PERTAMA PEMAIN MALAYSIA

——————————————————————————-

Perseorangan Lelaki:

Lee Zii Jia mn Chou Tien Chen (TPE) 21-13, 21-13

[8] K. Srikanth (IND) mn Chong Wei Feng 21-12, 21-8

Beregu Lelaki:

Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mn He Jiting-Tan Qiang (CHN) 21-17, 21-8

[3] Takeshi Kamura-Keigo Sonoda (JPN) mn Goh V Shem-Tan Wee Kiong 21-12, 21-16

[8] Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan (INA) mn Aaron Chia Teng Fong-Soh Wooi Yik 21-13, 21-13

Perseorangan Wanita:

[6] He Bingjiao (CHN) mn Goh Jin Wei 16-21, 23-21, 22-20

[7] Ratchanok Intanon (THA) mn Soniia Cheah Su Ya 21-15, 21-14

Beregu Wanita:

Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean mn Ekaterina Bolotova-Alina Davletova 21-15, 21-17

Vivian Hoo Kah Mun-Yap Cheng Wen mn Agatha Imanuela-Siti Fadia Silva Ramadhanti (INA) 21-13, 21-14

— BERNAMA