Kek selalu tak menjadi? Ini 4 punca dan cara untuk atasi masalah itu

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi mereka yang baru berjinak untuk membuat kek perlu ingat, ia mengambil masa yang lama untuk pastikan resipi tersebut menjadi.

Kadangkala buat pertama kali elok sahaja kejadian dan rupa kek tapi bila masuk kali kedua, kek jadi bantat dan padat.

Bagi yang mahukan kek sempurn, ini adalah empat tips untuk pastikan kek menjadi dan gebu serta sedap dimakan.

Tip ini dikongsi menerusi laman atau aplikasi Lemon oleh Farah Erda.

1. Permukaan kek merekah

Chef Obie Kelas Masakan 1001 Info & Resepi: Sebab-sebab Kek Merekah  Dibahagian atas @ di permukaan

Punca:

  • Terlalu banyak baking powder dan baking soda
  • Suhu oven terlalu tinggi
  • Kurang cecair dalam adunan

Penyelesaian:

Jangan risau, mungkin permukaan kek merekah tetapi kek korang sebenarnya masih menjadi gebu, naik dengan elok dan sedap untuk dimakan.

Hanya perlu potong bahagian yang merekah dan boleh hiaskan.

2. Tekstur kek berlubang

sumber gambar: Facebook

Punca:

  • Over-mixing adunan kek atau speed mixer terlampau tinggi

Penyelesaian:

Jangan adun kek terlampau lama semata-mata hendak sebatikan tepung dan adunan basah. Cukup sekadar kaup rata dan jika guna mixer, gunakan kelajuan minimun.

3. Kek menjadi lembab, berat, dan tidak gebu

Punca:

  • Over-mixed. Sebaik tambahkan tepung dalam adunan, kek tidka perlu diadun terlalu lama.

Penyelesaian:

Pastikan sukatan tepun benar-benar tepat. Tidak digalakkan menyukat tepung menggunakan cawan kerana sukatannya tidak tepat.

Lebih baik guna weightscale, lebih-lebih lagi beginner.

Pastikan oven cukup panas sekurang-kurangnya 1 jam sebelum membakar kek.

4. Bahagian luar kek cantik dan masak rata tetapi di dalam masih basah dan mentah

Punca:

  • Suhu oven terlampau tinggi.

Penyelesaian:

Beli oven thermometer untuk mendapatkan suhu oven yang diingini seperti yang dinyatakan dalam resipi. Ini kerana, kepanasan setiap oven berbeza-beza.

Cuba dan lihat jika kek yang anda bakar atau kukus masih bermasalah atau tidak selepas menggunakan tips ini.