Malaysia Dateline

Kekal lebih 800 kes ICU, korban Covid-19 meningkat

Jumlah pesakit Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) kekal lebih 800 kes sejak seminggu lalu dengan 869 kes hari ini.

Daripada 869 pesakit terbabit, 438 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Angka tersebut merupakan antara 61,162 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang dilapor setakat 12 tengah hari tadi.

Untuk rekod, kes aktif hari ini kembali meningkat selepas berlaku penurunan kes untuk tiga hari berturut-turut.

Sementara itu, bilangan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 84 kes sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan korban di negara ini mencecah 4,721 kes.