Kekal penyumbang tertinggi KDNK negara, pertanian Selangor sumbang RM2.8 bilion

Kekal penyumbang tertinggi KDNK negara, pertanian Selangor sumbang RM2.8 bilion

Selangor terus kekal sebagai penyumbang tertinggi KDNK negara dengan sumbangan 24 peratus.

“Jumlah berkenaan termasuk sektor pembuatan, perkhidmatan, pembinaan, pertanian dan lain-lain,” kata Exco Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib.

Di peringkat negeri Selangor pula menurut beliau, sumbangan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sektor pertanian Selangor mencatatkan purata 1.7 peratus bersamaan RM2.8 bilion sejak 2008 hingga 2013.

“Jumlah itu termasuk pengeluaran sektor komoditi seperti getah dan kelapa sawit.

“Kedua-duanya merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada keseluruhan kawasan tanaman di negeri ini,” katanya seperti dilaporkan Selangorkini.

“Selangor juga menyumbang sekitar 5.2 peratus dari segi KDNK kepada negara berbanding Sabah yang menyumbang 17.8 peratus,” katanya.

Beliau berucap demikian ketika perasmian penutup Kursus Teknologi Tanaman Fertigasi di Carlton Holiday Hotel & Suites di sini, pada 26 Ogos lalu.