Malaysia Dateline

Kekalkan hospital lama,tingkat fasiliti walaupun hospital baharu akan dibina

Naib Pengerusinya Dr Fakhruldin Mohd Hashim berkata, sebelum ini projek Hospital Parit Buntar yang bernilai RM112juta telah melalui beberapa fasa, namun ujarnya, kini hanya tinggal 76 buah katil dan tidak dinaik taraf sebagai ‘hospital pakar’.

“Sebelum ini projek Hospital Parit Buntar yang bernilai RM 112 Juta telah melalui beberapa fasa pengumuman diantara tahun 2012 dan 2013, termasuklah penambahan katil sehingga 300 buah dan telah ‘diangkat’ menjadi Hospital Pakar.

” Namun akhirnya Hospital ini hanya tinggal 76 buah katil sahaja dan tidak dinaiktaraf sebagai ‘Hospital pakar’.

“walaupun tender projek ini hanya akan dibuka pada bulan September 2017 nanti dan berharap ianya dapat disiapkan menjelangnya tahun 2021 sepertimana yang diumumkan.

“AMANAH Perak melihat isu katil yang bakal disediakan oleh Hospital baharu ini masih tidak mencukupi sepertimana yang diutarakan sebelum ini.

“Kami mencadangkan agar Hospital lama sedia ada wajar dikekalkan disamping mempertingkatkan lagi fasilitinya bagi menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah,” ujarnya.

Beliau turut mengucapkan taniah kekapda penduduk Daerah Kerian yang telah lama menunggu terbinanya hospital baharu itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada tahun 2008 lagi sehingga kini menjelangnya PRU14, akhirnya bertuah bakal mendapat Hospital baharu itu.

“Perjuangan hampir 10 tahun ini akhirnya membuahkan hasil. Mudah-mudahan rakyat di Daerah Kerian tidak kempunan dengan janji yang diumumkan kali ini.

“AMANAH Perak menzahirkan keprihatinan terhadap kesejahteraan rakyat khususnya di Daerah Kerian dan menggesa agar pihak berwajib memberikan pertimbangan terhadap cadangan ini,” ujarnya.

Sebagai rekod Hospital baharu Parit Buntar yang memberi manfaat kepada lebih 120,000 penduduk sekitar Daerah Kerian dijangka siap Januari 2021.

Fasa satu dan dua yang melibatkan kerja-kerja tanah projek tersebut telah siap tahun lalu manakala pembinaan bangunan hospital dijangka dimulakan tahun hadapan

Pembinaan hospital itu mula diumumkan sejak tahun 2008 yang diikuti pengumuman rasmi daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2012.

Hospital Parit Buntar yang mempunyai 76 katil dibina di atas kawasan seluas 21 hektar akan dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan perubatan seperti wad bersalin, bilik pembedahan, orthopedik dan pediatrik di samping kemudahan rawatan pesakit luar dan hemodialisis.