Kekalkan keharmonian dalam kalangan warga Felda, gesa Anak

Kekalkan keharmonian dalam kalangan warga Felda, gesa Anak

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menggesa setiap lapisan masyarakat Felda agar mengekalkan keharmonian yang sedia ada.

Presidennya Mazlan Aliman berkata, meskipun Pakatan Harapan (PH) mengambilalih Kerajaan Persekutuan, itu bukan bermakna kita boleh berbuat sesuka hati terhadap institusi dan badan-badan yang ada di Felda seperti JKKK, GPW dan lain lain.

“Permohonan untuk menggunakan premis awam seperti Dewan Semai Bakti, Balairaya dan lain lain, harus mengikuti proses yang betul, agar tidak menimbulkan polemik dalam masyarakat.

“Perpaduan dan keharmonian antara peneroka, generasi baharu dengan JKKK, pengurusan Felda dan Badan badan dalam Felda sangat penting bagi mengelakkan ketegangan yang tidak menguntungkan sesiapa,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pertembungan masa lalu, diskriminasi dan layanan buruk yang diterima oleh ahli dan penyokong PH dari Kerajaan BN sebelum PRU14 bukan alasan untuk membalas dendam.

“Akhlak baik yang dipamerkan, akan mengundang rasa hormat anggota masyarakat terhadap Kerajaan baru, PH.

“Justeru, sementara menunggu pengumuman dan langkah berikutnya dari kerajaan PH, masyarakat Felda harus bertenang dan menjalani aktiviti seperti biasa.

“Elakkan sama sekali mengambil tindakan gopoh dan berunsur ugutan, demi kebaikan masyarakat,” kata beliau.

5.0
OVERALL SCORE
1 user vote x 10.0
CATEGORIES