Malaysia Dateline

Kekecohan Kongres AMK: Anwar minta Lembaga Disiplin parti pecat ahli terlibat

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan parti itu akan mengambil tindakan disiplin ke atas ahli yang terlibat dalam insiden kekecohan di pintu masuk Dewan AMK pada Kongress Angkatan Muda (AMK) Keadilan hari ini.

“Saya telah menerima laporan mengenai insiden kekecohan yang berlaku di Kongress AMK 2019.

“Ingin saya maklumkan perlakuan biadab ini tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan tegas.

“Justeru saya telah meminta Lembaga Disipilin Parti untuk mengambil tindakan memecat pelaku yang bertanggungjawab,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Anwar turut berkata, beliau memohon kerjasama pihak polis untuk menyiasat dan mengambi tindakan sewajarnya ke atas insiden memalukan parti berusia 20 tahun itu.

Hari ini media melaporkan kekecohan tercetus di hadapan pintu masuk dewan persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) pagi ini apabila sejumlah perwakilan dan ahli sayap PKR itu tidak dibenarkan masuk.

Pertikaman lidah itu turut menyaksikan pergaduhan fizikal antara dua ahli.

BH Online dipetik melaporkan kekecohan bermula jam 8.30 pagi apabila pasukan keselamatan parti tidak membenarkan beberapa perwakilan dan anggota AMK masuk atas alasan tidak memiliki pas, selain tidak memakai baju Melayu.

Manakla satu lagi kekecohan berlaku pada tengahari persidangan Kongres Angkatan Muda Keadil(AMK), apabila beberapa perwakilan sayap itu dan anggota parti saling bertumbuk.

Kejadian itu berlaku di ruang legar dewan persidangan ketika perbahasan ucapan dasar Ketua AMK rancak berlangsung di dalam dewan berkenaan.

Insiden bermula kira-kira jam 12 tengah hari itu apabila sekumpulan perwakilan AMK tidak puas hati kerana tidak dibenarkan masuk ke dewan walaupun mendakwa mempunyai pas.

Mereka juga tidak puas hati kerana mendakwa kumpulan ‘pemerhati’, dipercayai berusia bawah 20 tahun, dibenarkan masuk walaupun tidak memiliki pas.

Keadaan yang awalnya tenang, bertukar kecoh dengan insiden tolak menolak ketika perwakilan AMK iti cuba merempuh masuk ke dalam dewan, sebelum beberapa individu terjatuh, termasuk seorang pengamal media.

alam perkembangan sama Ketua Skuad Keadilan Gary Matimuthu dalam kenyataann juga memaklumkan, insiden kekecohan yang berlaku pada pagi tadi bermula daripada penyokong Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Hilman Idham yang cuba membawa masuk bekas Pengerusi Tetap, Mizan Adli Md Noor.

“Ingin saya maklumkan tugas Skuad Keadilan adalah untuk mengawal keselamatan delegasi semasa berlangsungnya Kongres Nasional Keadilan ke-14.

“Kami sekadar menjalankan tugas dengan menghalang beliau serta mereka yang tidak memiliki pas dan ia telah membuatkan sesetengah pihak tidak berpuas hati seterusnya memulakan pergaduhan

“Saya kesal dengan kebiadaban beberapa anggota perwakilan yang telah menuding jari kepada pihak kami,” ujarnya.