Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kekosongan kerusi Exco Pulau Pinang, AMANAH harap ada perubahan

Kekosongan kerusi Exco Pulau Pinang, AMANAH harap ada perubahan

Oleh MOHD ALI HASHIMMarch 6, 2020 3:55 pm




Kekosongan kerusi Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang setelah dilepaskan oleh Dr Afif Bahardin, kini masih lagi menjadi tanda tanya sama ada ia akan menjadi milik AMANAH atau masih kekal ditangan PKR.

Manakala Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow turut menyatakan bahawa kerusi tersebut adalah milik PKR, walaupun AMANAH turut bersuara agar kerusi tersebut dapat diisi oleh Adun AMANAH setelah dua Adun Bersatu iaitu Adun Bertam dan Telok Bahang, menyerahkan keputusannya kepada parti.

Sementara itu Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Negeri Pulau Pinang, Zulkiefly Saad ketika dihubungi berkata, sejak 2008 lagi kerusi tersebut telah dipersetujui menjadi kuota PKR.

Malah ujarnya, kerusi tersebut akan diisi oleh PKR kerana walaupun memenangi 14 kerusi Dun, hanya tiga kerusi diperuntukkan untuk jawatan Exco termasuk Timbalan Ketua Menteri 1.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Razak Jaafar ketika dihubungi sebentar tadi bagi mendapat pengesahan samada terdapat ketetapan mengenai kedudukan kerusi Exco tersebut meminta supaya perkara tersebut dirujuk kepada Pejabat Ketua Menteri.

Berdasarkan kepada kuota yang ada PKR diberikan tiga kerusi Exco termasuk Kerusi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan DAP pula masih mengekalkan tujuh kerusi Exco termasuk kerusi Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri II.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Terkini

Darurat: Penting untuk pembangkang sertai JK Khas sebagai semak dan imbang

Golongan muda bakal hilang kerja, rasional darurat Muhyiddin perlu ditolak

Tun Salleh Abas meninggal dunia

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production