Kekuatan AMANAH kerana bergabung dengan rakan dalam PH

Kekuatan AMANAH kerana bergabung dengan rakan dalam PH

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Haji Mohamad Sabu berkata, AMANAH tidak akan mencapai tahap yang dicapai sekarang sekiranya parti itu bergerak berseorangan.

Kata beliau, untuk sampai ke tahap yang dicapai hari ini, kekuatan AMANAH adalah kerana bergabung dengan rakan-rakan lain dalam Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP dan kemudian Bersatu.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kehadirannya ke majlis Hi-Tea bagi mengumpul dana AMANAH Sabah di sebuah hotel di Kota Kinabalu tengah hari tadi.

Katanya lagi, sempena genap 3 tahun AMANAH ditubuhkan hari ini, beliau mengimbau kembali sejarah susah payah bagaimana AMANAH ditubuhkan pada 2015 lalu.

“AMANAH bermula kecil tiga tahun lalu sehingga hari ini menjadi sebahagian kerajaan dengan lima menteri, speaker dan enam timbalan menteri.

“Lepas PRU14, AMANAH dilihat antara paling berjaya menempatkan parti.

“Hari ini kemasukan ahli dalam AMANAH meningkat mendadak. Paling tinggi di Kelantan, kemudian Terengganu.

“Kita kena cetak borang lebih untuk dihantar ke Terengganu,” kata Menteri Pertahanan itu dipetik melalui Facebook.

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS