Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kelab Anak Muda Harapan lapor polis, tolak budaya politik kotor, fitnah

Kelab Anak Muda Harapan lapor polis, tolak budaya politik kotor, fitnah

Oleh MOHD ALI HASHIMJune 15, 2019 7:02 am




Gambar atas: Haidhar (bersongkok tengah) bersama pimpinan Kelab Anak Muda Harapan Pulau Pinang.

Kelab Anak Muda Harapan Pulau Pinang (KAMHPP) bersama-sama gabungan NGO pendokong kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Bandar Perda, semalam ekoran penyebaran video seks yang didakwa melibatkan Menteri Kanan dalam pentadbiran kerajaan.

Menurut Pengerusi KAMHPP, Haidhar Auni Dzolkapli, perkara ini amat serius dan berharap pihak polis serta seluruh agensi berkaitan menjalankan siasatan penuh pihak yang bertanggungjawab menyebarkan video tersebut.

Jelasnya lagi, fitnah dan permainan politik jelIk amat memualkan semua pihak dan memberi impak negatif kepada pentadbiran kerajaan PH yang kini sedang bertungkus lumus mengembalikan ekonomi negara ke landaran sebenar.

“Malaysia telah dirosakkan oleh pentadbiran kerajaan lalu dengan skandal 1MDB dan skandal kewangan lain sehingga menyebabkan negara ini dilabel sebagai negara korupsi.

“Kita tidak seharusnya membiarkan tuduhan melampau sebegini terhadap pemimpin kanan negara kerana ia memberi impak negatif yang lain kepada negara di mata dunia.

“Pihak berkuasa harus menyiasat dengan segera tuduhan dan fitnah yang sebarkan serta menangkap suspek yang disyaki mengubahsuai, menyimpan dan menyebarkan video tersebut kerana ia akan memburukkan imej pimpinan kerajaan, ” ujarnya.

Malah kata beliau lagi, sekiranya perkara ini tidak dibendung ia kemungkinan besar akan menjadi budaya dalam negara dengan pembikinan video jelek terhadap pimpinan yang lain pada masa akan datang.

Sehubungan itu katanya, kerajaan harus membuat tapisan latar belakang politik untuk jawatan lantikan politik dan bukan hanya berdasarkan merit atau kelayakan semata-mata.

“Individu yang mempunyai sejarah lampau dan pernah bersama-sama dengan parti politik lawan tidak harus diberi peluang langsung dalam pentadbiran kerajaan baharu yang ingin membawa agenda Malaysia Baharu.

“Sekiranya mereka dibiarkan bersama, tidak dapat dinafikan ia akan menjadi duri dalam daging untuk mensabotaj pentadbiran dari dalam.

“Justeru KAMHPP mengingatkan mereka yang gemar menyebar berita bohong dan fitnah supaya senantiasa ingat dan sedar dengan amaran keras serta janji Allah dengan azab yang amat pedih,” tambah beliau lagi.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

Polis tidak kompromi, penganjur edar ayam beku didenda

Darurat: Penting untuk pembangkang sertai JK Khas sebagai semak dan imbang

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production