Kelab gay terkenal di ibu kota diserbu dalam OPS BAH

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Haji Md Ikhsan mengadakan sidang media selepas operasi.

Sebuah kelab malam gay terkenal di ibu kota diserbu oleh pihak berkuasa dalam Operasi Banteras Aktiviti Haram (BAH) siri ke-46 semalam.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad, melalui akaun Facebooknya, kelab gay berkenaan telah beroperasi selama hampir 20 tahun di kawasan segi tiga emas di Kuala Lumpur.

OPS BAH kali ini diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Haji Md Ikhsan. Operasi turut dilakukan di PPR Beringin dan PPR Sri Aman.

“Pihak kerajaan sangat serius dalam membanteras pemahaman serta gejala songsang dan radikal ini.

“Semoga inisiatif yang diambil ini dapat membendung budaya LGBT daripada terus merebak ke dalam masyarakat kita,” kata Menteri Wilayah itu berhubung operasi berkenaan.

7.5
OVERALL SCORE
3 user votes x 10.0
CATEGORIES