Kelab malam Jalan Kia Peng ditutup

Kelab malam Jalan Kia Peng ditutup
Pegawai Penguatkuasaan DBKL menyita sebuah kelab malam di Jalan Kia Peng malam tadi.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)  menutup sebuah kelab malam tad,i selepas pengunjungnya didapati mengambil dadah.
Kelab yang terletak di Jalan Kia Peng itu ditutup selepas pemeriksaan air kencing oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaaan (ADDK) mendapati pengunjungnya positif dadah.
“Hasil ujian air kencing terhadap pengunjung oleh AADK mendapati 16 orang positif dadah, 6 wanita 10 lelaki,” kata satu sumber DBKL.
Ketika serbuan dibuat, kelab itu dipenuhi pengunjung yang sedang berhibur.