Malaysia Dateline

Kelantan berlaku peningkatan kes baru

Status kes COVID-19 di Malaysia pada hari ini mencatatkan sebanyak 1,199 kes baharu menjadikan kumuatif kes baharu setakat ini adalah 340,642 kes, manakala kes aktif pula sebanyak 14,209 kes.

Sebanyak 1,194 kes membabitkan kes tempatan dan selebihnya kes import iaitu sebanyak 5 kes sahaja.

Bagaimanapun jumlah pesakit yang berada dalam ICU pula seramai 167 orang di mana 72 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kementerian Kesihatan turut merekodkan seramai dua pesakit positif COVID-19 telah meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian 1,251 kes.

Dua kes kematian ini masing-masing melibatkan seorang warganegara dan seorang lagi bukan warganegara.

Negeri Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 283 kes (23.6 peratus).

Daripada jumlah ini, sebanyak 203 kes (71.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 267 kes (22.3 peratus) dan Kelantan sebanyak 138 kes (11.5 peratus).

Terdapat sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan lima (5) kluster tempat kerja dan empat (4) kluster komuniti.