Kelantan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai esok sehingga 6 Disember 2020.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri di dalam sidang medianya hari ini.
Semalam Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan & Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin di Facebooknya sebantar telah melontarkan pertanyaan sama ada rakyat negeri itu setuju atau tidak jika kerajaan melaksanakan PKPB akibat kes positif COVID-19 negeri itu semakin bertambah.
Rata-rata yang memberi komen ke atas pertanyaan Exco berkenaan bersetuju dengan langkah itu berikutan penularan wabak COVID-19 negeri Kelantan meningkat mendadak.
Ada juga yang menyatakan tidak bersetuju terutama mereka yang berniaga secara kecil-kecilan kerana langkah itu boleh menjejaskan mata pencarian mereka.
Setakat 19 November terdapat 17 kes baharu positif COVID-19 di negeri Kelantan meliputi di Machang 11 kes , dan 1 kes masing-masing di Tanah Merah, Pasir Mas, Kota Bharu, Kuala Krai dan 2 kes di Tumpat.