Malaysia Dateline

Kelas bahasa dengan Lahabau dan Segaraga

Cikgu: “Murid-murid hari ni kita akan akan belajar peribahasa ya. Cikgu akan baca sebahagian dari peribahasa tersebut dan cikgu minta kamu semua sambung ya. Boleh ya?”

Murid-murid: “Baik,cikgu!”

Cikgu: “Baiklah. Cikgu akan mulakan dengan kamu dahulu, Lahabau. Cuba kamu sambung perbahasa ini… ” Cikgu kencing berdiri, anak murid… ”

Lahabau: “Senang je cikgu. Anak murid tak jadi kencing lah cikgu..sebab depa semua pakat gelak kat cikgu.”

Cikgu: “Walaupun salah, cikgu bangga kerana kamu mencuba!”. Dalam hati, cikgu pula kata “Jahanam, patutlah nama kamu Lahabau!”.

Baiklah sekarang kamu pula Segaraga. Cuba kamu sambung peribahasa ini. “Harapkan pagar, pagar….. ”

Segaraga: “Soalan cikgu ini tak mencabarlah cikgu! Harapkan pagar, pagar makan keliling lah cikgu!”.

Kali ini cikgu dah mula hilang sabar. Maka…

Cikgu: “ [email protected]$()#:”‘/=!?ββ^®©™ [email protected] π¤¢£¥€`•~\|[]{}<>&_%√Dap,”‘/[email protected]*=+ pan-‘[email protected]$()tega, [email protected]/!tebukatap79632()[email protected]'”.”