Malaysia Dateline

Keliru wa akhwatuha (keliru dan saudara maranya)

1. Bukan polis sahaja yang keliru..Dengar kabo, para pensyarah atau profesor undang-undang Perlembagaan, para peguam, para hakim pun keliru, depa tanya ” la ni kat Malaysia siapa yang lebih tinggi dari Perlembagaan Persekutuan?”

2. Pelajar law yang ambil paper “constitutional law” pun pening bila depa jawab soalan bahawa Perlembagaan Persekutuan, berdasarkan Artikel 4 (1), meletakkan Perlembagaan itu sendiri adalah hukum tertinggi negara ,tiba-tiba kata pensyarah depa habaq “jawapan hangpa semua tu salah”.

3. “Salah?” Bila pelajar tu tanya balik kat pensyarah mereka ” kenapa salah, Professor? Bukankah Professor yang ajar kami macam tu?
4. Professor tu jawab “Saya pun tak tahu, yang saya ajar hangpa tu masa sebelum fenomena tebuk atap dan sebelum DARURAT, la ni saya pun keliru. Habis depa pakat ubah! Dekan pun dah suruh saya ubah buku teks yang saya tulis dan yang hangpa semua guna tu!’

“Ginilah, hangpa semua pi pakat tanya PM Gomen Tebuk Atap atau jika tak dapat dia, hangpa pi tanya YB Duta Khas dia ya.!”

5. Ada pelajar yang nakal masih tanya “Professor, nak tanya dalam FB Presiden Indonesia boleh tak, jika kami memerlukan jawapan?”

Professor itu jawab “Hish kamu ni, kat situ bukan tempat bertanya. Kat situ tempat pesta maki memaki!

Res ipsa loquitur!