Malaysia Dateline

Keluar dari Sarawak tidak perlu kebenaran polis

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan orang ramai yang hendak melakukan
perjalanan keluar ke Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan tidak perlu mendapatkan kebenaran daripada polis.

JPBN dalam satu kenyataannya berkata, surat kebenaran hanya diperlukan bagi pergerakan antara Zon 1 (zon kuning/merah COVID-19) dan Zon Dua (zon hijau COVID-19).

“Zon 1 meliputi Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian manakala Zon 2 meliputi Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.

“Bagi pergerakan yang melibatkan Zon 1 dan Zon hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada balai polis berhampiran.

“Namun pergerakan keluar dari Sarawak ke Semenanjung, Sabah dan Labuan, tidak memerlukan kebenaran daripada polis,” kata JPBN.

JPBN turut mengesahkan polis telah mengeluarkan sebanyak 76 notis kompaun kerana tidak mematuhi prosedur pengendalian standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Daripada jumlah itu sebanyak 52 notis kompaun dikeluarkan di Sibu, Samarahan (9), Betong (6), Miri (4), Padawan (4) dan satu di Sarikei.

“Sementara dua kes tangkapan telah dilakukan membabitkan warga tempatan di sebuah bistro di Sibu keranan gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri.

Di samping itu, jelas JPBN lagi sebanyak 2,025 premis juga dipantau melibatkan pasar raya, restoran, kilang, bank, pejabat kerajaan, penjaja, pasar tani/awam, tempat ibadah, tempat riadah, tapak pembinaan dan lain-lain.

“Malah, enam sekatan jalan dilakukan di lima daerah sempena Op Benteng iaitu di Lundu, Bau, Serian, Sri Aman dan Lubok Antu dengan sebanyak 1,810 kenderaan diperiksa,” tegas JPBN.