Tular kembali isu kononnya rakyat mahu mengeluarkan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di sosial media.
Buat pemuda ini, dia mengharap agar namanya disekat daripada membuat pengeluaran jika kerajaan membenarkan duit KWSP dibawa keluar.
“Nak luah sikit pasal KWSP, sebelum ini masa boleh keluarkan i citra lestari bagai tu, aku ambil semua, tiap kali ada program pengeluaran mesti aku buat semua maksimum.
“Kononnya nak labur duit tu bagi beranak, sekurangnya duit ada kita pegang sendiri tak perlu tunggu tua, tapi sayangnya duit tu semua hangus sebab ‘crypto’ jatuh lantai.
“Aku harap kalau kerajaan benarkan keluarkan KWSP lagi, harap nama aku terus disekat atau tidak layak,” ujar Hamdan Sapawi melalui Facebook.

Tambah Hamdan, dia mengharapkan ini menjadi iktibar buat orang lain agar tidak terjebak dan wang tidak hangus sepertinya.
Seorang pemuda di ruangan komen menjelaskan ini salah satu sebab mengapa kerajaan tidak meluluskan pengeluaran KWSP.
“Sebab ni la kerajaan tak luluskan pengeluaran KWSP. Melabur tanpa ilmu, memang habis la duit hari tua kalau semua mcm ni,” komen Mohd Isyraq.
Baca juga: Kalau tak mampu jangan kahwin, pemuda selar cadangan insentif khas untuk berkahwin bagi golongan B40