Keluarga Melayu miskin tegar penerima AES terbanyak di Pulau Pinang

Keluarga Melayu miskin tegar penerima AES terbanyak di Pulau Pinang

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Sebanyak 1,142 keluarga telah mendapat faedah dalam program Agenda Ekonomi Saksama (AES) untuk golongan miskin tegar oleh kerajaan negeri Pulau Pinang pada 2015 lalu.

AES ketika dilancarkan pada 2009 jumlah keluarga yg dibantu adalah sebanyah 728 dengan perbelanjaan sekitar RM213,000 sebulan. Pada tahun 2015 jumlah keluarga meningkat ke 1142 dengan perbelanjaan sekitar RM304,000 sebulan.

Daripada 1142 keluarga yang dibantu, 82 peratus atau 937 keluarga adalah Melayu, 11 peratus (121) India dan selebihnya iaitu 7 peratus (84) adalah Cina.

Salah seorang penerima AES,  dalam kes seorang bapa yang  ditangkap kerana mencuri barangan makanan dari Tesco Bukit Mertajam untuk diberi kepada anak-anaknya yang kelaparan.

Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Zaidi Ahmad berkata, dengan adanya skim AES ini, secara teknikalnya Pulau Pinang berjaya menjadi satu-satunya negeri di Malaysia yang berjaya menghapuskan kemiskinan tegar hasil kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan.

Katanya, melalui program AES sesebuah keluarga yang telah menetap sekurang-kurangnya selama lima tahun (tiga tahun untuk zakat) di Pulau Pinang akan dibantu bagi memastikan pendapatan keluarga melepasi Paras Garis Kemiskinan (PGK).

“Apabila terdapat permohonan, 3 agensi akan turun serentak iaitu zakat penang, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan penghulu. Setelah bantuan dari zakat dan JKM ditentukan barulah kerajaan negeri akan “top-up” selebihnya bagi memastikan jumlah keseluruhan adalah mencapai PGK.

“Contoh sebuah keluarga dengan empat ke lima ahli maka PGK yg ditetapkan ialah RM790. Jika zakat setuju beri bantuan RM300 sebulan dan JKM pula RM200 sebulan maka kerajaan negeri akan tambah sebanyak RM290 lagi. Minima sumbangan AES ialah RM100 dan maksima RM790.” terangnya dalam satu kenyataan.

Zaidi juga menjelaskan dalam program AES pengecualian juga boleh diberikan kepada kes-kes yang mendesak walaupun tidak cukup syarat.

“Contohnya kes seorang bapa yang baru-baru ini ditangkap kerana mencuri barangan makanan dari Tesco Bukit Mertajam untuk diberi kepada anak-anaknya yang kelaparan.

“Setelah disiasat beliau baru saja berpindah dari Kedah ke Pulau Pinang. Setelah kes ini sampai ke pengetahuan Ketua Menteri Pulau Pinang beliau meminta supaya keluarga ini dibantu walaupun tidak memenuhi syarat,”ujarnya.

Menurut Zaidi lagi, mulai 2015 program AES ditambah baik menjadi AES bersyarat dimana penerima dikehendaki memastikan ahli keluarga menjalani pemeriksaan kesihatan berkala di hospital kerajaan dan juga anak mereka pergi ke sekolah.

“Bantuan AES adalah untuk setahun sahaja dan penerima hendaklah membuat permohonan menyambung jika masih memerlukan. Pasukan penilaian akan turun dan menyiasat sama ada bantuan untuk pemohon wajar disambung, dikurang, ditambah atau dihentikan.” ujarnya.

Syarat permohonan ketua keluarga mestilah warganegara Malaysia. Borang permohonan boleh didapati di pejabat daerah atau melalui JKKK, Pegawai Penyelaras Kadun (PPK) atau Adun di kawasan masing-masing.

Dengan adanya skim AES ini ujarnya lagi, secara teknikalnya Pulau Pinang berjaya menjadi satu-satunya negeri di Malaysia yang berjaya menghapuskan kemiskinan tegar hasil kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan.

TAGS