“Keluarga suami sanggup sembunyikan aku sebagai isteri kedua, siap bagitahu aku anak angkat”

Oleh MAISARAH AISYA

Sudahlah menyondol, senang pula menipu isteri pertama, tak cukup itu keluarga mentua pun sanggup sembunyikan perkahwinan kedua anak.

Kalau benar anak tu mampu berkahwin dua, mengapa perlu dirahsiakan perkahwinan, siap libatkan keluarga agar tak kantoi.

Seorang wanita yang juga isteri kedua dilihat bangga mengambil suami orang malah memperlekeh isteri pertama kerana tidak mengetahui hal tersebut.

Di bawah adalah luahan wanita yang juga isteri kedua.

“Saya nak maklum yang saya kahwin dengan suami orang. Sudah setahun berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama.

Disebabkan saya selalu kerja di luar negeri maka saya diamkan sahaja hubungan kami tapi saya selalu perasan yang isterinya muat naik status berdua dengan suami.

Macam percaya sangat dengan suami sedangkan insuran suami dia tu atas nama saya. Umur anak bongsu dia sama dengan perkahwinan kami.

Duduk dengan keluarga mentua

Lebih mengejutkan saya dan anak tinggal di rumah mentua saya. Keluarga suami tahu tentang kami, hanya isteri pertama sahaja yang tak tahu.

Keluarga mentua tak mahu masuk campur dan biarkan kami berdua uruskan sendiri hal tersebut.

Bila isteri pertama bali, mentua siap cakap saya ni anak angkat dan suami kalau balik rumah mak, dia tak akan bagi isteri ikut.

Kadang-kadang suami teman saya buat kerja luar negeri, dia izinkan isteri balik rumah mak sendiri tapi tak izinkan balik rumah mentua.

Sebab suami takut kalau kantoi saya dan suami tak ada dalam masa sama. Suami pula kalau nak jumpa saya bagi alasan nak jenguk mak mentua jadi mesti isteri izinkan.

Kadang suami bawa saya melepak sekali, kawan dia semua tahu saya isteri kedua dan nampaknya orang sekeliling semua tahu kecuali isteri pertama.

Rasa keliru sangat nak maklum isteri pertama atau biar sahaja kantoi sendiri.

Baca juga: “Ayah perlekeh suami depan saudara mara sebab gaji tak sampai RM3k, siap label kami berdua daif”