“Keluarga suami senang label aku toksik, goyang kaki sedangkan semua dalam rumah tu aku bayar…”

Oleh MAISARAH AISYA

Bila pasangan dah bantu daripada segi kewangan maka senangkan mereka dengan kerja menguruskan rumah.

Namun masih ada yang sanggup mengambil kesempatan atas kebaikan diterima dengan tidak membantu.

Seorang wanita berkongsi mengenai sikap suaminya yang tidak mempedulikan hal dirinya malah segala urusan melibatkan rumah diuruskannya sendiri.

“Saya rasa macam dah penat, dari awal kahwin saya ada pendapatan sendiri. Barang dapur, barang baby, duit kos bersalin, deposit masuk rumah semua saya yang cari.

Dulu suami selalu buat hal mcm main jackpot, ambil barang tapi sekarang dah masuk enam tahun perkahwinan dia dah berubah sebab saya penat nak layan perangai dia.

Saya suruh dia lafaz taklik kalau dia ambil barang lagi akan jatuh talak ke atas saya.

Selalu takut suami lapar dekat rumah. Tapi bila masak tak makan, beli pun tak makan. Bila saya tanya kenapa tak makan dia kata penat baru balik kerja.

Kalau saya pergi mana pun dia tak pernah tanya. Contoh kalau kami gaduh tengah malam, saje je saya keluar nak tengok dia pujuk ke tak, ada ke whatsapp tak tanya kt mana.

Jawapannya mesti tak. Bila saya balik dia dah tidur. Kalau makan dekat kedai mesti saya bayar, dia tiga ke empat bulan sekali baru dia ajak kelur makan.

Saya penat bila balik kerja kena basuh baju (basuh tangan), kalau minta tolong suami pergi dobi, berhari-hari baru la dia pergi.

Akhirnya duit habis kena basuh tangan. ada pernah saya suruh dia beli mesin basuh tapi dia diam je. Bila dah beranak dua ni memang sakit urat selalu, saya sekarang dah terkena slip disc.

Bila penat jadi nk marah anak-anak. Dia masih lagi tidur padahal dia cuti. Pelik rasa dengan suami, dia kerja tapi duit tak nampak kt mana.

Rumah saya bayar separuh, kereta tak bayar, bil elektrik tertunggak. Kalau saya tak bayar.
Kalau nak cerita panjang lagi.

Kalau menangis mesti dia datang dan cakap saya ni gila ke, bukan nak tenangkan seolah-olah tak faham isteri di ni penat.

Pernah kami gaduh sampai dia lafaz cerai, lepas dia jatuh sakit saya jadi lembut hati dan terima dia kembali.

Keluarga dia pun sama toksik, selalu masuk campur hal rumah tangga kami sampaikan suami tak balik rumahnya pun saya dipersalahkan.

Saya dah pesan banyak kali dah kalau dia yang tak nak balik nak buat macam mana. Dia cakap dari kecil keluarga dia tak pedulikan dia.

Saya ni dah penat, perangai suami satu hal, keluarga dia pun tambah kusut di kepala sahaja.

Baca juga: Biar betul gaji penyampai radio cecah RM150K sebulan? Fauziah Nawi dedah gaji DJ radio swasta